Assalamualaikum,
hai guys, mungkin ada yang terkejut sebab tetiba kakra jadi blogger pulak ni. dah kenapa.. haha, btw 8 years ago lagi kakra create blog ni. Dulu kakra blogger, suka menaip, suka buat research itu ini dan ada masa terluang. Lepas dapat anak pertama, rajin je lagi untuk menaip, ada masa untuk share story dalam blog, but masa anak membesar, masa untuk berblog tu,makin hari,makin singkat. Harian kakra penuh dengan rutin uruskan rumah, suami, anak dan lain-lain hal. maklum la, anak sulung. tak pandai nak bahagikan masa lagi.
Sepanjang tempoh 8 tahun lalu, banyak perkara terjadi, suka duka kehidupan, dah tak sempat langsung nak buka blog, sibuk dengan dunia yang kakra hadapi. And semalam, tengah baca artikel seorang wanita hebat, tapi sayangnya, kakra dah tak jumpa link artikel tu untuk tatapan kakra. sebab info-info yang dia kongsikan dalam blog beliau tu, sangat-sangat menyentuh hati kakra. kakra sempat baca 4 5 topik yang beliau kongsikan.
Yang membuatkan tergeraknya jari kakra untuk menari kembali dalam blog ini pun kerana beliau. Terus onkan laptop and login blog, nasib baik still ingat password bagai. Cumanya, kakra dah delete semua post-post story kakra dulu yang 8 years ago sebab bila baca balik, OMG !!!! betul ke aku post ni, kelakar, tak masuk akal, semua benda kakra post dalam blog ni. Sangat malu dengan diri ini. SubahanAllah. Tak ada satu pun yang kakra simpan. memang kakra delete all post yang lepas. yang tinggal hanyalah nama blog
SarahStephanie.
So, im back with membahasakan diri 'kakra'. 8years ago just 'saya' 'ara' 'aku'. tak ada pendirian tetap. haha.. nakal. tapi tiada yang dulu, tiadalah yang sekarang. Azan Asar dah berkumandang, so kakra stop kat sini dulu sebagai pembuka blog "pengenalan kembali".
Solat diawal waktu adalah dituntut. Utamakan solat. Salam Asar kepada semua umat islam.
love
'kakra'
No comments:
Post a Comment