2 April 2019

Impian kqra

Assalamualaikum 💖

Baru berkesempatan untuk kqra update blog kqra ni. Hari berganti hari nak update blog tapi ada je halangan. Now baru free, tak ada gangguan untuk kqra meluahkan apa yang kqra nak kongsi cerita dengan semua 🤗

Topiknya tak lain dan tak bukan, tentang butik kqra. Still ramai lagi yang bertanyakan 'kenapa kqra tutup butik.' Ye la, takde angin ,takde ribut, tiba2 kqra tutup butik. Haha.. yang mana follow kqra, mesti korang dah baca cerita kqra sebelum ni kan. Tq gais yg mana whatsapp and komen bagi kata-kata semangat pada kqra. Kqra hargai sangat-sangat.



1st of all, syukur pada Allah atas segalanya, atas apa saja yang terjadi dalam hidup kqra and terutamanya urusan tentang butik. Allah permudahkan segalanya tak sampai sebulan. Semua berjalan dengan lancar.

Pada awalnya jujur kqra katakan yang tipulah kalau kqra tak sedih bila kqra buat keputusan untuk tutup butik. Impian kqra kot. Tapi dalam masa yang sama, kqra perlu memilih, keluarga atau impian. Keluarga memerlukan kqra, kqra punyai impian. Sebelum kqra buat keputusan, kqra fikir baik buruknya. Kqra listkan semuanya, apa kebaikan and keburukan yang akan kqra terima atas segala keputusan kqra.

Sepatutnya kqra kena buat solat istiqarah kan, tapi kqra akui kqra tak buat pun istiqarah, kqra silap disitu. Tapi alhamdulillah, Allah tetap permudahkan urusan kqra. Hebat kuasa Allah taala. SubahanAllah..

Keluarga atau impian.
Kalau korang ditempat kqra, mana yang korang akan pilih? Mesti jawapan berbeza-beza. Mesti ada yang akan pilih keluarga, ada yang akan pilih impian.
For me, kqra pilih keluarga.

Kenapa kqra pilih keluarga? Bagaimana dengan impian kqra?
Allah dah atur cantik kehidupan kita. Bergantung pada kita bagaimana cara kita untuk mencantikkan lagi atau cukup sekadar apa yang ada. Sepanjang tempoh kqra dengan impian kqra, kqra imbas kembali dari awal dulu butik dibuka hingga kini. Apa yang kqra dapat selama ini,
Ya, kqra hanyut dengan apa yang kqra miliki. Kqra lupa dengan tanggungjawab kqra. Kqra banyak luang masa dengan media sosial, dengan handphone. Layan whatsapp, msg, komen, pm, dm and lain2. Depan anak2 pun kqra main hp, masa bersama suami pun kqra main hp. Time makan pun hp. Lepas solat terus capai hp. Celik mata bangun pagi, cari hp. Nak tidur, update status selamat malam pada media sosial, sedangkan pada suami dan anak2 tidak pula.

Kqra hanyut dengan dunia "impian" kqra. Pergi sana sini, orang tegur " eh kqra kan..? " , " eh SarahStephanie laa..." nak selfie, nak bergambar. Kqra nk keluar rumah mesti kqra akn bersiap cantik2, mana la tahu terjumpa dengan orang yang kenal kan. Kot ada sesiapa nak selfie ke, kan.. sampai tahap tu. Nak keluar rumah, minta suami ambil gambar kqra kat kereta dlu.. gambar xcantik, kqra minta suami snap lagi, masuk dalam kereta, selfie pulak. Lepas selfie, post gambar dalam fb, dalam ig, dalam status wsap. Then bila ada yang komen puji kqra cantik, kqra cantik, makin kqra hanyut dengan "impian" kqra. Sampai lupa suami kat sebelah, anak2 kat tempat duduk belakang. Sedar2 je dah sampai kat lokasi dituju. SubahanAllah..

Masuk tahun ke 2, kqra pregnant anak nom 4. Perut makin membesar, kqra tak larat nak pergi sana sini, asyik tak ada mood, kurang main hp, butik kqra tak pergi, kqra serah pada staff 100% untuk handle semuanya. Sampailah kqra melahirkan Muhammad Aryan Qarizh, sekarang Aryan berusia setahun 5 bulan. " ore tua2 kata umur tgh buahh " hahaha...



Lepas kqra lahirkan Aryan, kqra tetap sama masa kqra pregnant, tak pergi butik, tak ambil tahu pasal media sosial, tak terlalu fokus pada "impian" kqra. Yela time tu dalam pantang. Habis pantang, nak kena jaga Aryan sepenuh masa, kakak2nya lagi. So kqra lupa sekejap dengan impian kqra tu.

Sampai satu tahap, tiba2 kqra teringat balik dengan impian kqra. Kqra pun buat keputusan nak fokus balik dengan butik kqra. Kqra rindu zaman2 famous dulu kala. Pergi mana2 orang kenal, tetiba rindu semua tu. So dalam kqra tengah usaha nak bangkit balik impian kqra , susah sangat nak up balik, semua kerja terbengkalai. Nak buat itu ini kat butik, ada je halangan. Nak pergi butik, ada je hal yang menyekat untuk kqra pergi. Mood kqra down. Semua benda kqra buat tak kena. Anak2 jadi mangsa tempat untuk kqra lepaskan mood down kqra. Anak tanya itu ini, kqra marah2. Benda kecik pun kqra marah,
       sampai suami tegur, "maroh skmo ko anok, wak po anok tiri." Kqra terdiam. #deep

Kqra buat research, cari kata-kata motivasi, kata-kata semangat bagi yang tengah down. Kqra baca, kqra fahami setiap kata-kata tu. Ada satu artikel yang kqra baca, isinya membuat kqra tersentap. Tiba2 1 perasaan yang kqra tak tahu bagaimana nak ungkapkan. Isinya ....

   " Hidup ini hanya sementara, hidup ini sangat singkat, hargailah selagi kita bernafas. Bahagiakan orang-orang yang kita sayang dan yang menyayangi kita. Sayangi diri sendiri."
    "Ciri-ciri wanita syurga boleh dibuat hanya dari rumah. Taat pada Allah, solat 5 waktu, taat pada suami, jaga aurat, jaga aib sendiri dan suami."
    " anak2 adalah amanah dari Allah, kita perlu mendidik mereka, didik dalam soal agama. Anak yang meninggalkan solat, dosanya tetap jua sampai pada orang tuanya yang sudah meninggal."
   " Tidakkah kamu malu dengan Allah, Allah dah bagi kamu rezeki melimpah ruah, bagi tempat berteduh, naik kereta mewah, dikurniakan anak2 yang comel, beri apa saja yang kamu mahu, tapi kamu? Kamu buat tak apa yang Allah suruh..? Kalau Allah tarik nyawa kamu hrini, apa amalan yang kamu bawa? Bersediakah kamu ?



Tiba2 satu perasaan yang aneh entah dari mana hinggap dalam diri kqra berbisik agar kqra bertaubat, berhijrah dan istiqamah.

Lepas kqra solat, kqra doa pada Allah, kqra minta tunjukkan jalan pada kqra, apa yang perlu kqra lakukan dalam hidup kqra, kqra serah pada Allah swt. Kqra solat 5 waktu cukup dalam sehari, sebelum ni jujur kqra katakan yang solat kqra on off. Dalam sehari tak akan cukup 5 waktu. Sengaja ditinggalkan walaupun kqra tahu ianya satu dosa besar.

Kqra hijrah perlahan-lahan, istiqamah...
Alhamdulillah, hati kqra tenang, kqra kurang marah pada anak2. Kqra banyak luang masa dengan anak2, dengan suami, kqra pergi kelas mengaji dengan anak2. Semua budak2 tengok je kqra baca iqra 1, sedangkan anak sulung kqra baca Quran besar dah. Anak nom 2 baca iqra 2. Anak nom 3 baca iqra 1. Sama dengan mamanya. Tengok budak tadika dah baca quran besar. Allahu...
Kqra malu tapi kqra letak tepi malu tu. Sebab kqra dh janji dengan diri kqra yang kqra tanam azam 2019 kqra nak khatam Quran. InshaAllah.. doakan kqra yea..

 


Bulan Mac 2019,
Allah permudahkan urusan kqra. Allah beri jawapan pada kqra..

Nak tahu apa?? Nanti kqra sambung lagi cerita disebalik " keluarga atau impian" kqra..

Azan Subuh berkumandang..
Kqra nak kejutkan suami dan anak kqra dulu utk solat subuh..

...........bersambung




No comments:

Post a Comment